Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19 KINI MENULAR KE NIGERIA

DUNIA

COVID-19 KINI MENULAR KE NIGERIA

ABUJA: Kes pertama wabak COVID-19 direkodkan di Lagos, Nigeria, yang merupakan hab perdagangan dan bandar paling ramai penduduk, umum kerajaan negeri pada Jumaat. 

Pada Selasa seorang rakyat Itali memasuki Nigeria dari Milan untuk tujuan perniagaan dan dilaporkan tidak sihat pada hari berikutnya, kata Pesuruhjaya (Kesihatan) Lagos, Akin Abayomi dalam satu kenyataan.

Abayomi berkata kes disahkan pada Khamis dan segera dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Persekutuan di Abuja, lapor agensi berita Xinhua.

Bagaimanapun, identiti pesakit tidak didedahkan.

“Secara klinikal pesakit berada dalam keadaan stabil, tanpa simptom yang serius dan sedang dirawat di Hospital Penyakit Berjangkit (kini dikenali Hospital Mainland) di Yaba, Lagos,” kata Abayomi.

Katanya, pegawai kesihatan sedang mengenal pasti semua kenalan pesakit sejak beliau tiba di Nigeria. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading