PALESTIN: UNRWA ALAMI KRISIS KEWANGAN KERANA KURANG DANA

GAZA: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) kini mengalami krisis kewangan akibat kekurangan dana, kata jurucakap agensi itu semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan Penasihat Media UNRWA di Gaza, Adnan Abu Hasnah memberitahu wartawan bahawa “keputusan Amerika Syarikat memotong USD360 juta daripada bajet sebagai punca krisis itu berlaku.”

“Kami berjaya mengatasi krisis itu pada 2018 dan 2019 tetapi pada 2020 situasi itu amat teruk,” katanya.

UNRWA menyediakan khidmat kesihatan, pembelajaran dan bantuan kemanusiaan kepada lebih lima juta pelarian Palestin di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lubnan dan Syria.

Amerika Syarikat membuat keputusan memotong dana tahunan UNRWA pada 2018. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply