Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘PANGLIMA PERANG’ KKM DR ROHAIZAT KEMBALI BERKHIDMAT

DALAM NEGARA

‘PANGLIMA PERANG’ KKM DR ROHAIZAT KEMBALI BERKHIDMAT

IHSAN BERNAMA

PUTRAJAYA: Setelah dua bulan hilang daripada pandangan pengamal media, pada Isnin (10 Ogos) kelibat Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Dr Rohaizat Yon yang digelar panglima perang KKM muncul semula pada sidang media COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memulakan sidang media beliau dengan pengumuman bahawa Dr Rohaizat kembali berkhidmat sehingga akhir tahun. 

Difahamkan, Dr Rohaizat melaporkan diri di KKM pada 6 Ogos lepas.
 
Selepas sidang media di KKM hari ini berakhir, Dr Rohaizat yang kelihatan ceria mengambil kesempatan mendekati wakil media yang sedang sibuk menulis berita untuk bertanya khabar.

Wakil media yang hadir turut mengucapkan selamat kembali ke KKM kepada beliau. 

Dr Rohaizat bersara wajib pada 10 Jun selepas berkhidmat selama 35 tahun 10 hari. 

Pengumuman persaraan Dr Rohaizat oleh Dr Noor Hisham menyentuh hati wakil media ketika itu apabila Ketua Pengarah Kesihatan sebak sambil menggelarkan Dr Rohaizat sebagai panglima perang beliau.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading