PAS PEROLEH MAJORITI MUDAH DI KELANTAN, TERENGGANU

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan dan Terengganu setelah memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata setakat pengiraan undi pada pukul 9.45 malam, PAS memenangi sejumlah 17 kerusi daripada 32 kerusi dipertanding di Terengganu.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata bagi negeri Kelantan pula, PAS menang sejumlah 23 kerusi daripada 40 kerusi diperuntukkan dalam PRN kali ini.–AlHijrah Online