CHUKAI: Tiga pasangan pengantin Orang Asli termasuk yang baru memeluk agama Islam teruja diraikan pada satu majlis di Kampung Sungai Pergam di sini hari ini.
Khairul Anuar, 33, bersama pasangan Nurul Izzatie Andol, 25; Abby Shahril Soki, 27, dan Nurul Nadhira Abdullah, 18; serta Mohammad Khairul Nizam Rosman, 23, dan Rosnah Misa, 20, selamat diijabkabulkan pagi tadi dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Orang Asli di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pergam di sini.
Majlis tersebut dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Terengganu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ketiga-tiga pasangan berkenaan termasuk Rosnah dan Nurul Izzatie yang baru memeluk Islam pada Novermber lepas dinikahkan oleh jurunikah daripada Pejabat Agama Kemaman, Mohamad Faizu Zakaria di Surau An Nur di kampung tersebut.
Selepas akad nikah, pasangan pengantin diarak sejauh 50 meter ke dewan majlis persandingan yang turut dimeriahkan dengan kehadiran 100 tetamu termasuk ahli keluarga.
Seorang daripada pengantin, Mohd Khairul Nizam berkata dia gembira apabila majlis perkahwinan itu dianjurkan dengan meriah meskipun agak gementar untuk memikul tanggungjawab besar memandangkan isterinya, Rosnah yang berasal dari Rompin, Pahang baru memeluk Islam.
“Insya-Allah saya akan membimbing isteri menjadi Muslimah yang baik, ajar dia solat dan berpuasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut hari ini.
Khairul pula berkata dia mengenali isterinya Nurul Izzatie dari Pos Belatim Gua Musang, Kelantan menerusi aplikasi Facebook sejak tahun lepas.
“Alhamdulillah perkenalan kami di media sosial berakhir di jenjang pelamin dan semoga perkahwinan kami bahagia serta berkekalan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Perkim Terengganu Prof Dr Ramle Abdullah berkata program tersebut dianjurkan untuk membantu masyarakat orang asli beragama Islam berdaftar secara sah, selain memastikan perkahwinan mereka mengikut undang-undang.
Beliau berkata ia juga bertujuan membantu pasangan remaja yang kurang berkemampuan berkahwin tanpa menanggung kos kenduri dan urusan perkahwinan yang tinggi.
“Dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kami juga akan membimbing dua pengantin yang baru memeluk Islam berkaitan ilmu rumah tangga selari dengan ajaran Islam,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager