Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASANGAN SUAMI ISTERI JOHAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERLIS

DALAM NEGARA

PASANGAN SUAMI ISTERI JOHAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERLIS

KANGAR: Pasangan suami isteri tidak menyangka mereka berdua akan merangkul gelaran johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Warisan pada malam tadi.

Pasangan tersebut, Mohamad Anas Abdul Hadi, 31, seorang pensyarah dalam bidang Usuludin di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis dan isterinya Nor Husna Mohammad Salleh, 30, seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Pulau Pinang.

Mohamad Anas berkata beliau merasa terharu kerana ini merupakan kejayaan manisnya bergelar johan qari dan qariah bersama isterinya.

“Ini merupakan kejayaan saya yang ketiga. Saya pernah merangkul johan pada 2017 dan 2018. Saya berharap pada peringkat kebangsaan nanti saya boleh buat yang terbaik untuk Perlis,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Sementara itu, Nor Husna berkata beliau tidak menyangka dapat menjadi johan bersama suaminya dan ini merupakan kejayaan keduanya selepas turut menjadi johan qariah pada tahun lepas.

“Sebelum ini saya juga pernah menjadi johan di Pulau Pinang pada 2013 dan 2016 dan tak sangka suami saya juga johan, menewaskan peserta hebat yang lain,” katanya.

Pasangan suami isteri ini membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta hadiah iringan disampaikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Mereka akan mewakili negeri Perlis ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sabah pada 13 hingga 21 Feb depan. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading