TIADA RAKYAT MALAYSIA TERBABIT DALAM NAHAS PESAWAT DI TEHRAN

Last Updated on

4

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas di Iran hari ini.

“Kementerian ingin merakamkan takziah dan simpati kepada anggota keluarga dan orang tersayang, serta negara asal penumpang dan anak kapal, yang terkorban dalam tragedi itu,” kata Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.

Pesawat Boeing 737 yang membawa 176 penumpang itu dilaporkan terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran.

Pesawat itu dalam perjalanan ke Kiev ketika ia terhempas dengan serpihan dan bahagian enjin pesawat malang itu ditemukan kira-kira 10 kilometer dari lapangan terbang itu di barat Tehran. — AlHijrah Online

Leave a Reply