Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASUKAN PENGAMAN PBB DI LUBNAN TERUSKAN MISI, BERSIAP SEDIA UNTUK PELBAGAI SENARIO

DALAM NEGARA

PASUKAN PENGAMAN PBB DI LUBNAN TERUSKAN MISI, BERSIAP SEDIA UNTUK PELBAGAI SENARIO

HAMILTON: Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi operasi keamanan mengesahkan pada Khamis bahawa pasukan pengaman di Lubnan terus melaksanakan misinya.

Pasukan pengaman UNIFIL (Pasukan Interim PBB di Lubnan). – AFP

HAMILTON: Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi operasi keamanan mengesahkan pada Khamis bahawa pasukan pengaman di Lubnan terus melaksanakan misinya.

“Pasukan pengaman UNIFIL (Pasukan Interim PBB di Lubnan) berasa bertanggungjawab untuk meneruskan tugas,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Jean-Pierre Lacroix, Setiausaha Agung Bahagian Operasi Keamanan PBB, kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat PBB di New York.

Sambil berkongsi bahawa terdapat 10,058 anggota pengaman di Lubnan, Lacroix berkata pasukan UNIFIL berasa bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Keselamatan. Namun mereka juga berasa bertanggungjawab kepada penduduk di selatan Lubnan.”

Walaupun berdepan cabaran, misi pengaman itu meneruskan tugasnya dan mengesahkan bahawa “rancangan kontingensi sudah sedia dan sentiasa dikemas kini”, katanya.

“Jelas sekali, kami telah menyediakan beberapa senario sekiranya keadaan bertambah buruk, yang mungkin membawa kepada, diharapkan tidak, pemindahan sebahagian atau keseluruhan pasukan,” kata Lacroix.

Apabila ditanya mengenai bagaimana UNIFIL berhasrat melindungi penduduk awam di Lubnan, Lacroix berkata anggota pengaman akan melakukan segala yang termampu untuk melindungi penduduk, tanpa memberikan butiran lanjut.

Walaupun peperangan rentas sempadan antara Hizbullah dan Israel bermula selepas konflik Gaza Oktober lalu, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran pada 23 Sept ke atas apa yang dikatakan sebagai sasaran Hizbullah di seluruh Lubnan.

Selain membunuh pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah dan beberapa komander lain, Israel membunuh lebih 1,100 orang serta menyebabkan puluhan ribu lagi kehilangan tempat tinggal. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading