GISB:PENJAGA RUMAH AMAL DIDAKWA ROTAN KANAK-KANAK ENAM TAHUN
KUALA LUMPUR: Seorang penjaga rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki di sebuah rumah amal berkenaan di Bandar Country Homes, Rawang.
Mohd Syahid Hanapiah, 35, penjaga rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki di sebuah rumah amal berkenaan di Bandar Country Homes, Rawang. — Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang penjaga rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki di sebuah rumah amal berkenaan di Bandar Country Homes, Rawang.
Mohd Syahid Hanapiah, 35, didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, telah menganiaya mangsa dengan cara merotan kanak-kanak itu yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan.
Kesalahan didakwa dilakukan di premis berkenaan di Bandar Country Homes di Rawang pada waktu pagi Feb hingga Sept 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nurilya Ellyna Nor Azmal tidak menawarkan jaminan terhadap Mohd Syahid.
Bagaimanapun Nurilya Ellyna berkata sekiranya mahkamah mengguna pakai budi bicara, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan tertuduh dilarang keras berjumpa dan mengganggu mangsa, melaporkan diri di balai polis dan boleh dihubungi pihak berkuasa pada bila-bila masa.
Mohd Syahid yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan dia mempunyai masalah kewangan.
“Saya mohon supaya jaminan dikurangkan kerana ada masalah kerja dan keluarga,” katanya.
Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 5 Nov ini untuk sebutan kes bagi lantikan peguam.
Sebelum ini media melaporkan pihak polis telah melancarkan Op Global awal bulan lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
Hasil serbuan seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan, dan 359 pengikut GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut ditahan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests