Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RIBUT PETIR DIJANGKA LANDA HAMPIR SEMUA NEGERI PETANG INI

DALAM NEGARA

RIBUT PETIR DIJANGKA LANDA HAMPIR SEMUA NEGERI PETANG INI

Ribut petir atau hujan lebat diramal berlaku di hampir semua negeri hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ribut petir atau hujan lebat diramal berlaku di hampir semua negeri hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran dikeluarkan pada 1.45 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan ribut petir atau hujan lebat dijangka melanda seluruh Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

Keadaan cuaca sama dijangka melanda sebilangan besar Sabah termasuk Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau, Nabawan, Tambunan, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan selain di Terengganu iaitu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. 

Di Perak, keadaan sama dijangka berlaku antaranya di Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kampar, Kinta dan Muallim; Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta Pahang (Jerantut dan Maran). 

MetMalaysia turut meramalkan cuaca sama di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin; Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian) serta Kuala Krai di Kelantan. 

Turut dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang di Sarawak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading