Pelajar latihan praktikal juga harus menanggung kos perbelanjaan ulang-alik ke tempat kerja serta kos berkaitan sama seperti pekerja biasa.
HAMPIR kesemua pengundi pelayar maya bersetuju pelajar latihan
praktikal dibayar elaun sewaktu menjalani latihan mereka. Rata-rata berpendapat
elaun harus diberikan, malah segelintir meminta ia diwajibkan memandangkan
pelajar yang menjalani latihan praktikal juga memerlukan kos perbelanjaan
seharian ke tempat kerja, sepertimana pekerja biasa.
Keputusan itu diperoleh hasil undian dalam talian Facebook TV AlHijrah
setakat jam 4.30 petang ini dengan soalan “Patutkah pelajar latihan praktikal
dibayar elaun?”
Seramai 2.1 ribu responden menyertai undian dengan 96 peratus bersetuju
pelajar praktikal diberi elaun, manakala hanya 4 peratus menyatakan pemberian
elaun tidak perlu.
Selain terlibat memberi undian, ia juga mendapat pelbagai reaksi
berdasarkan maklum balas ditinggalkan di ruangan komen.
Antara mereka yang bersetuju supaya elaun diberikan ialah Norzatul
Bardah, yang pernah menjalani latihan praktikal tanpa dibayar elaun.
Komennya, “Selaku bekas pelajar praktikal yang tidak diberikan elaun,
saya berharap sangat junior-junior yang
bakal menjalani latihan praktikal diberikan elaun agar mereka dapat rasa erti
gembira menerima wang hasil dari usaha sendiri. I mean hasil dari pekerjaan yang diimpikan selama ini.”
Senada dengan Norzatul, Sukashiny Sandran Lee meluahkan pengalamannya,
“Dulu masa 2004 saya buat praktikal dalam sektor kerajaan. Memang tak dibayar
elaun. Masa last day dapat goodies bag.
And my opinion sekarang perlu ada
elaun untuk pelajar latihan praktikal. Tak banyak sikit pun okay. At least dapat ringankan sedikit beban
dari segi financial.”
Terdapat juga komen yang menyelar responden yang mengundi “tidak perlu”
dan menyifatkan tindakan itu sangat tidak wajar, apatah lagi bagi responden
yang mempunyai anak.
Manakala terdapat komen yang menyatakan tindakan tidak memberi elaun
tidak wajar kerana banyak syarikat kini mula ambil kesempatan terhadap pelajar
praktikal untuk menjimatkan kos bayar gaji pekerja. Pelajar latihan praktikal
ini terpaksa membuat kerja luar bidang dan kerja lebih masa. Malah komen itu
menyarankan pelajar tersebut dibayar setara dengan gaji pekerja biasa.
AlHijrah Online juga sempat menemubual beberapa pelajar latihan
praktikal yang sedang bekerja di syarikat sekitar ibu kota untuk mendapat
pandangan mereka berkaitan isu ini.
Nurlina Azharul Abidin, pelajar UiTM Shah Alam yang sedang menjalani
latihan praktikal selama sepuluh bulan di sebuah syarikat penyiaran
berpendapat, bayaran elaun praktikal sangat perlu untuk menampung kos
perbelanjaan ditanggung pelajar yang menjalani latihan praktikal.
“Nasib baik saya dibayar elaun, buat intership di Kuala Lumpur guna banyak kos. Apatah lagi universiti
mewajibkan kami menjalani latihan selama sepuluh bulan. Bayangkan macamana saya
mahu survive di tengah kehidupan
Kuala Lumpur kalau tiada elaun.”
Beliau juga menyarankan agar pihak universitinya menyingkatkan tempoh
latihan praktikal kerana sepuluh bulan adalah tempoh yang lama, atau sekiranya
mahu diteruskan juga dengan tempoh tersebut, pihak universiti sepatutnya
menanggung sebahagian elaun kepada pelajar.
“Dengan itu pihak majikan tidak terlalu terbeban untuk membayar elaun
pelajar yang diambil, kerana latihan praktikal adalah syarat dari pihak
universiti, jadi perlu ada kerjasama dalam pembayaran elaun.
Jika tidak, majikan perlu menghadkan jumlah pengambilan pelajar
praktikal untuk menjimatkan kos pembayaran elaun,” katanya lagi sewaktu
ditemubual AlHijrah Online.
Lia Ramadiani dari Kolej Kemahiran Teknologi Mara (KKTM) Rembau juga
bersetuju pihak majikan memberi elaun kepada pelajar praktikal walaupun dalam
jumlah sedikit.
Beliau yang menjalani latihan praktikal selama empat bulan setengah di
sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur berpuas hati dengan elaun sebanyak RM
200 yang diterima, yang menurutnya sesuai dengan tugas yang diberikan, katanya.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
menerusi satu video di Twitter menyatakan hasratnya untuk mengemukakan cadangan
supaya penuntut institusi pengajian tinggi yang menjalani latihan praktikal
menerima elaun.
Ini berikutan terdapat ramai penuntut yang tidak menerima elaun
daripada tempat latihan industri. Justeru itu beliau bercadang mengusulkan
cadangan itu dalam sesi Kabinet khas bagi membincangkan isu berkaitan anak muda
termasuk pemberian elaun berkenaan.
Pelaksanaan elaun minimum untuk pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT) yang menjalani latihan industri pernah ditimbulkan dalam Dewan Rakyat
pada 18 Mac lepas, di mana Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching
mencadangan agar ia perlu diteliti dengan mendalam agar tidak membebankan
industri.
Ini kerana langkah itu boleh membebankan majikan khususnya perusahaan
kecil dan sederhana, sekali gus membataskan kemampuan mereka untuk mengambil
pelajar praktikal. Selain itu penetapan atau pemberian elaun kepada pelajar
praktikal adalah bergantung kepada peruntukan majikan masing-masing, katanya
menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu
usaha kerajaan untuk menetapkan kadar elaun minimum bagi pelajar praktikal
sepanjang latihan di sektor swasta atau awam.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager