Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Inkues Muhammad Adib ditutup

DALAM NEGARA

Inkues Muhammad Adib ditutup


Muhammad Adib Mohd Kassim

KUALA LUMPUR – Mahkamah Koroner memutuskan untuk menutup prosiding perbicaraan Inkues Kematian anggota bomba dan penyelamat (JBPM), Muhammad Adib Mohd Kassim, di Shah Alam hari ini.

Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi yang ditampilkan. Tarikh keputusan inkues berkenaan akan ditetapkan kemudian oleh Mahkamah Koroner.

Ini sekaligus menyaksikan permohonan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin untuk memanggil seorang pakar patologi lain ditolak.

Prosiding yang bermula 11 Februari lepas menyaksikan 30 saksi dipanggil memberi keterangan yang memakan masa 41 hari perbicaraan.

Sementara itu, mahkamah menjemput pihak-pihak berkepentingan untuk membuat hujahan yang ditetapkan pada 21 Ogos depan.

Pasukan peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib dijangka akan memfailkan hujahan bertulis kepada mahkamah.

Sebelum ini Mahkamah Koroner Shah Alam menetapkan tarikh 24 Julai untuk memutuskan sama ada sesi prosiding inkues akan ditamatkan atau sebaliknya.

Muhammad Adib, 24 yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan JPBM Subang Jaya parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading