Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEJABAT MB PERAK DITUTUP, KAKITANGAN POSITIF COVID-19

DALAM NEGARA

PEJABAT MB PERAK DITUTUP, KAKITANGAN POSITIF COVID-19

IPOH: Pejabat Menteri Besar Perak diarahkan tutup selama 14 hari bermula hari ini, selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, pegawai dan kakitangan pejabat itu diarahkan menjalani kuarantin kendiri, dan proses sanitasi juga dijalankan di pejabat yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

“Bahagian lain di bangunan terbabit pula telah beroperasi selepas kerja-kerja sanitasi selesai dijalankan pada 2 petang tadi,” demikian menurut kenyataan itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menjalani ujian saringan kesihatan semalam, dan disahkan negatif COVID-19.

Ahmad Faizal tidak berada di pejabat tersebut kerana dalam tempoh berkenaan, beliau sedang menghadiri sidang Dewan Rakyat di ibu negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading