ZULKIFLI UMUM KELONGGARAN SOP JEMAAH MASJID, PROSES AKAD NIKAH

Sumber: Mohd Rasfan / AFP

KUALA LUMPUR: Jumlah jemaah solat Jumaat akan diperluaskan sehingga 1/3 daripada kapasti dewan solat utama masjid dan surau bagi zon hijau dan kuning di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah mencapai persetujuan mengenai peluasan bilangan jemaah solat Jumaat bagi masjid dan surau.

Zulkifli memaklumkan bahawa ibadah solat fardhu lima waktu di kawasan zon hijau dan kuning dibenarkan bagi jumlah tidak melebihi 30 orang jemaah.

Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan yang berada dalam zon merah, jumlah jemaah solat Jumaat dihadkan kepada 12 orang, dan solat lima waktu seramai tiga orang sahaja.

Zulkifli turut mencadangkan masjid dan surau di zon hijau dan kuning, menyediakan ruang solat khusus bagi penghantar makanan dan pemandu e-hailing untuk menunaikan solat.

Dalam pada itu beliau turut berharap kawasan Rehat dan Rawat (RnR) serta pusat membeli belah membuka semula surau-surau mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sementara itu dalam kenyataan sama, Zulkifli memaklumkan jumlah jemputan bagi majlis akad nikah adalah tidak melebihi 30 orang, dan khidmat jurufoto juga dibenarkan .

“Penjarakan satu meter perlu diambil kira, dan jumlah jemputan tertakluk kepada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Image

“Jurufoto tidak termasuk dalam 30 orang jemputan, tetapi hen

daklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya dalam Sidang Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) petang tadi.

–AlHijrah Online

Leave a Reply