Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BELANJAWAN 2021: RM1.4 BILION DIPERUNTUKKAN UNTUK PEMBANGUNAN ISLAM

DALAM NEGARA

BELANJAWAN 2021: RM1.4 BILION DIPERUNTUKKAN UNTUK PEMBANGUNAN ISLAM

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan akan memperuntukkan sejumlah RM1.4 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk tahun 2021.

Jumlah peruntukan untuk pembangunan Islam itu meningkat berbanding RM1.3 bilion yang diumumkan kerajaan pada Belanjawan 2020.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz berkata kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar elaun guru takmir daripada 800 kepada 900 ringgit sebulan.

“Sebagai tambahan, sukacita saya mengumumkan pemberian bayaran khas one-off sebanyak RM500 kepada para imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir dan guru KAFA.

“Pemberian bantuan khas ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 70,000 orang,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

Selain itu Tengku Zafrul memaklumkan kerajaan akan turut memperkasa pengurusan wakaf melalui kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading