Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEKERJA KONTRAK BUANG SAMPAH TEPI PANTAI DIBERHENTIKAN – MBJB

DALAM NEGARA

PEKERJA KONTRAK BUANG SAMPAH TEPI PANTAI DIBERHENTIKAN – MBJB

Pekerja kontrak yang membuang sampah di pesisir pantai di bandar raya Johor Bahru yang tular videonya di media sosial, telah ditamatkan perkhidmatannya serta-merta.

JOHOR BAHRU: Pekerja kontrak yang membuang sampah di pesisir pantai di bandar raya Johor Bahru yang tular videonya di media sosial, telah ditamatkan perkhidmatannya serta-merta.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkata, notis amaran kepada kontraktor terlibat juga telah dikeluarkan bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku pada masa akan datang.

“MBJB juga telah meminta kontraktor itu menandatangani Surat Aku Janji bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

“MBJB telah mengenal pasti pelaku serta syarikat kontraktor yang berkaitan dan telah mengarahkan agar kerja-kerja pembersihan dilaksanakan semula di kawasan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular rakaman video menunjukkan seorang pekerja kontrak membuang sampah pukal di pesisir pantai berhadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan membuang sampah diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian bebas tol 1-300-880146 atau menerusi Whatsapp di talian 019-7788212.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading