PEKERJA LELAKI MAUT JATUH DARI KETINGGIAN 4.59 METER
Seorang lelaki meninggal dunia semalam selepas sembilan hari bertarung nyawa akibat terjatuh pada ketinggian 4.59 meter (m) ketika menjalankan kerja-kerja menukar siling sebuah institusi kemahiran di sini pada 12 Sept lepas.
KEPALA BATAS: Seorang lelaki meninggal dunia semalam selepas sembilan hari bertarung nyawa akibat terjatuh pada ketinggian 4.59 meter (m) ketika menjalankan kerja-kerja menukar siling sebuah institusi kemahiran di sini pada 12 Sept lepas.
Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mangsa yang berusia 48 tahun merupakan pekerja sub kontraktor dilantik untuk melakukan tugas senggaraan dan pembaikan di institusi berkenaan.
Menurutnya, majikan telah mendirikan perancah jenis “A frame” sebagai pelancar kerja sebelum mangsa dipercayai terjatuh dari pelantar kerja yang patah dalam kejadian 5 petang itu dan pihak JKKP Pulau Pinang terus ke lokasi kejadian sebaik mendapat panggilan berhubung insiden itu.
“Mangsa yang merupakan warga tempatan bersama dua pekerja lain sedang menukar siling berhadapan pentas di dewan institusi terbabit sebelum terjatuh dari ketinggian 15 kaki (4.59 m) dan dia yang tidak sedarkan diri berikutan kecederaan dialaminya dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.
“Mangsa menerima rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia semalam dan susulan itu, JKKP Pulau Pinang mengeluarkan satu notis larangan terhadap kontraktor terbabit menjalankan kerja-kerja di tempat tinggi sehingga langkah sewajarnya diambil,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan pada masa sama, JKKP Pulau Pinang akan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Katanya, majikan mempunyai kawalan penuh bagi sebarang aktiviti di tempat kerja dan mereka bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja bagi mengurangkan risiko keselamatan terhadap pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan.
“Kemalangan seumpama itu boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” katanya.
–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager