PELAJAR MALAYSIA RAIH PINGAT EMAS PADA PERTANDINGAN INOVASI DI JERMAN
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor mengharumkan nama Malaysia apabila menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia di Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022 di Nuremberg, Jerman semalam.
KUALA LUMPUR: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor mengharumkan nama Malaysia apabila menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia di Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022 di Nuremberg, Jerman semalam.
Mereka meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Okt lepas.
Empat pelajar terbabit ialah Athirah Ahmad Hisshamuddin, 17, serta Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi, masing-masing berusia 16 tahun.
Berbekalkan bimbingan guru berpengalaman Mohd Ridzuan Mohammad dan Mohd Zulhelmi Mansor, pelajar terbabit mengulangi kejayaan senior mereka yang turut memenangi pingat emas serta anugerah produk inovasi terbaik pada 2019 di pertandingan sama.
Mohd Zulhelmi ketika dihubungi Bernama berkata pelajar terbabit mempertandingkan produk inovasi Set Pembelajaran (ECS) Eksplorasi Cabaran Sejarah Dunia yang direka khas untuk menarik minat semua golongan khususnya remaja menguasai pengetahuan am berkaitan sejarah ketamadunan dunia.
Beliau berkata idea itu tercetus melalui permainan Monopoli yang kemudian diterjemah kepada ECS memandangkan sejarah tamadun dunia mempunyai tempat warisan menarik untuk dipaparkan di atas papan permainan.
“Maka konsep bergambar dan rakaman peristiwa menarik ditonjolkan di atas papan permainan tersebut. Ini membolehkan interaksi dua hala dan menggalakkan perbincangan antara para pelajar yang bermain papan permainan ECS itu,” katanya.
Mohd Zulhelmi juga berkata produk itu diharap dapat diterbitkan dan dijadikan pertandingan koakademik antara sekolah selain mampu dimiliki oleh setiap keluarga di negara ini untuk dijadikan aktiviti santai bagi mengisi masa lapang sekali gus melahirkan generasi warganegara global.
IENA adalah pameran inovasi tertua di dunia yang dipertanding sejak lebih 70 tahun lepas bersempena pameran perdagangan yang mengetengahkan pelbagai ciptaan dan inovasi baharu terbesar di dunia. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager