Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TAHUN AKHIR IPTA DIDAKWA MILIKI 12 BUKU BERKAITAN PENGGANAS

DALAM NEGARA

PELAJAR TAHUN AKHIR IPTA DIDAKWA MILIKI 12 BUKU BERKAITAN PENGGANAS

IS3 KUALA LUMPUR, 25 Julai – Seorang pelajar tahun akhir sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas. Siti Noor Aishah Atam, 29, pelajar peringkat sarjana kursus Ussuludin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah. Siti Noor Aishah dituduh memiliki buku itu yang merupakan item berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas iaitu kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), Islamic State (IS) dan Al Qaeda (AQ). Dia yang kini ditahan di Penjara Kajang didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu pada 12.25 tengah hari, 22 Mac lepas. Pertuduhan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan. Pada 19 April lepas wanita berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu atas pertuduhan itu. Hari ini kesnya disebut di Mahkamah Tinggi di sini. Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari hari mulai 5 Sept untuk perbicaraan kes itu. Tertuduh diwakili peguam Mohd Kamaruzaman A. Wahab, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norakmal Farhan Aziz. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading