Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WOW, HEBAT PENANGAN POKEMON GO DI MALAYSIA!

DALAM NEGARA

WOW, HEBAT PENANGAN POKEMON GO DI MALAYSIA!

pg2 BELUM LAGI DILANCARKAN DI MALAYSIA, POKEMON GO SUDAH JADI BUAH MULUT. Pokemon Go mendapat reaksi dari pelbagai pihak, walaupun aplikasi permainan itu masih belum boleh dimuat turun secara rasmi di negara ini. Sebelum ini, Arab Saudi telah pun memperbaharui fatwa yang dikeluarkan mengenai permainan Pokemon Go ini. pg3 Hari ke hari, Pokemon Go menjadi semakin sensasi; populariti aplikasi ini bermula sebaik sahaja dilancarkan kerana permainan ini mengimbau kembali zaman kegemilangan Pokemon yang dimainkan melalui pelbagai platform sebelum ini. Sehinggalah aplikasi ini menjadi semakin sensasi apabila terdapat kes-kes kemalangan melibatkan pemainnya yang terlampau leka. Apa yang lebih membimbangkan, sudah ada kes maut melibatkan Pokemon Go! pg5 Gelombang negatif yang dibawa oleh Pokemon Go belum lagi sampai di Malaysia, namun pelbagai pihak telah tampil menyuarakan kebimbangan. Bermula dari Ketua Polis Negara, pakar sosial dan kriminologi, sehingga ke pendakwah bebas turut menyampaikan pendapat masing-masing. Orang awam juga ada pendapat sendiri. Mufti juga bakal memberi reaksi mengenai aplikasi ini. Reaksi ini boleh ditonton dalam laporan Berita Alhijrah semalam, Sabtu, 23 Julai 2016. Wow, sungguh hebat penangan Pokemon Go ini. Belum lagi sampai, bahangnya sudah terasa!


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading