Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAKON VETERAN, ROSLAN SALEH MENINGGAL DUNIA PAGI JUMAAT

UTAMA

PELAKON VETERAN, ROSLAN SALEH MENINGGAL DUNIA PAGI JUMAAT

Difahamkan jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka, untuk urusan jenazah kemudian disembahyangkan. 

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Roslan Saleh, 69, dilaporkan meninggal dunia pada pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan anaknya Farahanis Roslan, dalam satu hantaran Facebook, kira-kira jam 8 pagi tadi

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi,” katanya.

Difahamkan jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka, untuk urusan jenazah kemudian disembahyangkan. 

Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat, petang nanti. 

Media tempatan sebelum ini melaporkan kesihatan Roslan terjejas akibat penyakit diabetes kronik, kira-kira empat tahun lalu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading