KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menyokong Pelan Pemulihan Negara bagi merealisasikan hasrat Malaysia untuk bebas daripada pandemik COVID-19.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia merupakan tanggungjawab ahli-ahli Parlimen yang mana rakyat berharap agar jumlah kes dapat diturunkan di samping menyelamatkan nyawa serta ekonomi dipulihkan.
“Kita berdepan gabungan krisis kesihatan, ekonomi dan ketidakstabilan politik secara serentak. Berpolitik sepanjang masa merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima.
“Di kala Perdana Menteri dan menteri-menterinya mengemukakan Pelan Pemulihan Negara yang bermatlamat membawa negara keluar daripada pandemik, kita semua perlu menyokong, bukannya skeptikal. Pelan tersebut hanya akan berhasil sekiranya semua parti bekerjasama mencari jalan keluar daripada pandemik,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataan.
Jelasnya, rakyat tidak sepatutnya diheret dalam kancah perebutan kuasa sewaktu kerajaan dalam usaha memerangi pandemik tersebut.
Sebelum ini, terdapat beberapa pemimpin politik mendesak agar Parlimen dibuka untuk bersidang selain ada pihak mendakwa mereka mempunyai angka yang mencukupi bagi membentuk kerajaan baharu.
“Desakan politik agar Parlimen dibuka semula tidak boleh mempunyai agenda tersembunyi. Seruan agar Parlimen kembali bersidang tidak boleh dijadikan alat pemuas nafsu politik sesetengah individu.
“Ahli-ahli Parlimen yang kuat mendesak agar persidangan diadakan, mesti mengambil tanggungjawab bagi memastikan persidangan yang disambung semula nanti dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan Malaysia dan rakyatnya terutama dalam pengurusan COVID-19,” katanya.
Dalam masa yang sama, Hishammuddin menjelaskan bahawa penangguhan Parlimen hanya sehingga krisis COVID-19 tamat.
Tambahnya, ahli Parlimen mesti mengamalkan pembaharuan dalam berpolitik dan tidak terikat dengan amalan politik tanpa batas supaya boleh berperanan dengan lebih baik, serta berkhidmat untuk rakyat.
Hishammuddin menyatakan kerajaan perlu diberi ruang untuk membuat pertimbangan serta merancang kaedah dan proses dalam sidang parlimen secara ‘hibrid’ bagi memastikan setiap prosiding berjalan lancar.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Parlimen akan kembali bersidang pada September atau Oktober, dalam fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests