Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELANTIKAN NOOH GADUT TINGKATKAN PENGURUSAN FATWA NEGARA

DALAM NEGARA

PELANTIKAN NOOH GADUT TINGKATKAN PENGURUSAN FATWA NEGARA

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata JAKIM turut menaruh keyakinan terhadap bekas Mufti Johor itu berdasarkan penglibatannya secara langsung dalam institusi kefatwaan sebelum ini.

Foto Arkib

KUALA LUMPUR: Pengalaman dan kredibiliti Datuk Dr Nooh Gadut sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu diharap dapat mempertingkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata JAKIM turut menaruh keyakinan terhadap bekas Mufti Johor itu berdasarkan penglibatannya secara langsung dalam institusi kefatwaan sebelum ini. 

“Berdasarkan pengalaman luas dan kredibiliti beliau sebagai mufti Johor sebelum ini serta penglibatan secara langsung dalam institusi kefatwaan, khususnya hal berkaitan isu-isu semasa di negara ini, JAKIM menaruh keyakinan beliau akan dapat membantu mempertingkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelantikan Nooh diperkenan melalui Mesyuarat Majlis Raja Raja Kali Ke-259 yang telah diadakan pada 30 Jun lepas dan berkuat kuasa sehingga 29 Jun 2024.

Watikah pelantikan beliau telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI semalam.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading