Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELARASAN GAJI BAHARU UNTUK 1.6 PENJAWAT AWAM DIKETAHUI HARI INI

DALAM NEGARA

PELARASAN GAJI BAHARU UNTUK 1.6 PENJAWAT AWAM DIKETAHUI HARI INI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting berhubung perincian pelarasan gaji untuk penjawat awam seluruh Malaysia pada majlis tersebut.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Selepas 13 tahun tiada semakan gaji penjawat awam, tumpuan 1.6 juta “tulang belakang” kerajaan itu pastinya terarah kepada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 yang berlangsung di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting berhubung perincian pelarasan gaji untuk penjawat awam seluruh Malaysia pada majlis tersebut.

Sebelum ini terdapat beberapa pengumuman berkaitan perkara itu dibuat sebelum ini, yang sedikit sebanyak membari gambaran “durian runtuh” untuk penjawat awam.

Pada sambutan Hari Pekerja, Mei lepas, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pelarasan gaji bagi penjawat awam melebihi 13 peratus, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah negara.

Seawal 7 pagi, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sudah sesak dengan kehadiran lebih 3,000 penjawat awam daripada pelbagai kementarian dan agensi.

Bagai menantikan khabar gembira, rata-rata hadirin  kelihatan ceria dan masing-masing mengenakan pakai rasmi kementerian  atau agensi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading