RUNDINGAN DUA BULAN DENGAN MESIR JAYAKAN MISI BAWA RAKYAT PALESTIN
SHAH ALAM: Misi membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan di negara ini berjaya direalisasikan selepas beberapa siri rundingan khas selama dua bulan dengan kerajaan Mesir.
Seramai 41 pesakit dan 86 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir pada Khamis malam dengan menggunakan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang.
SHAH ALAM: Misi membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan di negara ini berjaya direalisasikan selepas beberapa siri rundingan khas selama dua bulan dengan kerajaan Mesir.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata rundingan khas yang antaranya melibatkan kementeriannya, Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara dengan Mesir adalah bagi memperoleh kebenaran membawa penduduk Palestin yang cedera akibat keganasan Israel ke negara ini.
Beliau berkata misi itu dilaksanakan atas pertimbangan kemanusiaan serta rasa kebersamaan Malaysia dengan warga negara itu yang menderita akibat konflik di Gaza.
Menurut Mohamed Khaled usaha berkenaan tidak diuar-uarkan kepada pihak luar kerana tidak mahu rundingan bersama kerajaan Mesir terjejas.
“…dan hasilnya hari ini, kita berjaya membawa seramai 41 orang pesakit melibatkan 20 lelaki dan 21 wanita berusia lingkungan lapan bulan hingga 62 tahun, antara kecederaan yang mereka alami ialah patah dan kehilangan anggota badan terutamanya kaki dan tangan, luka parah di kepala dan kecederaan mata.
“Turut diterbangkan seramai 86 orang waris di mana mereka semua telah melalui tapisan khas dari aspek kesihatan dan keselamatan,” katanya dalam sidang media selepas melawat rakyat Palestin yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Turut hadir Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali dan Duta Mesir ke Malaysia Ragai Nasr.
Terdahulu dua pesawat A-400M TUDM yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir malam tadi tiba di pangkalan itu bersama 127 rakyat Palestin pada kira-kira 2 petang (Jumaat).
Mohamed Khaled berkata mereka yang cedera akan dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, manakala waris akan ditempatkan di lokasi transit yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan.
“HAT Tuanku Mizan telah menyediakan tiga wad untuk menampung jumlah rakyat Palestin yang cedera ini dan mereka akan dibawa ke sana menggunakan 26 buah ambulans milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata keputusan membawa rakyat Palestin yang cedera ke negara ini juga disebabkan risiko tinggi untuk mengoperasikan hospital medan di Palestin termasuk terdedah kepada ancaman dibom Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
“Oleh itu, lebih baik kita bawa balik mereka mendapatkan rawatan di negara ini tanpa apa-apa gangguan kerana ia lebih selamat buat mereka (rakyat Palestin) dan anggota ATM,” katanya.
Sementara itu, Walid dalam sidang akhbar yang sama berkata Malaysia menjadi negara Asia pertama menerima rakyat Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza.
“Kata-kata tidak cukup untuk mengucapkan terima kasih kepada Malaysia, terima kasih Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Angkatan Tentera Malaysia, dan kerajaan, saya percaya rakyat Palestin yang tiba hari ini akan merasakan Malaysia seperti rumah kedua, (dan) sebagai duta saya mahu berterima kasih kepada Malaysia atas apa yang anda lakukan untuk rakyat Palestin,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked