Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TINDAKAN BAWA RAKYAT PALESTIN KE MALAYSIA ATAS KEPUTUSAN PM YANG PRIHATIN – AHMAD ZAHID

DALAM NEGARA

TINDAKAN BAWA RAKYAT PALESTIN KE MALAYSIA ATAS KEPUTUSAN PM YANG PRIHATIN – AHMAD ZAHID

GUA MUSANG: Tindakan membawa rakyat Palestin yang cedera dari Mesir ke Malaysia adalah di atas keputusan dan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seramai 41 pesakit dan 86 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir pada Khamis malam dengan menggunakan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang.

GUA MUSANG: Tindakan membawa rakyat Palestin yang cedera dari Mesir ke Malaysia adalah di atas keputusan dan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri sangat prihatin terhadap nasib rakyat Palestin, yang menderita akibat serangan bom bertalu-talu rejim Israel ke atas Gaza yang telah lama berlarutan.

“Mereka (pesakit warga Palestin) akan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera seperti yang diharapkan pihak Gaza.

“Selepas rawatan itu tamat dan mereka sihat kembali, insya-Allah satu usaha akan dibuat supaya mereka dihantar kembali ke Gaza untuk menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat Orang Asli di Pusat Daerah Mengundi di Pos Pulat semalam.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketibaan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang membawa rakyat Palestin yang cedera, ke Pangkalan Udara Subang, Selangor.

Kedua-dua pesawat itu membawa seramai 41 orang pesakit dan 86 waris mereka, berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir.

Terdahulu, Ahmad Zahid turun padang ke empat lagi pos Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri iaitu Pos Gob, Pos Tohoi, Pos Simpor dan Pos Pasik. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading