PELATIH INDUSTRI DI GLC, PEJABAT KERAJAAN TERIMA ELAUN PERANTISAN RM800
Pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan diberi elaun perantisan minimum RM800 sebulan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), bersalaman dengan tetamu pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan hari ini. Turut kelihatan kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan diberi elaun perantisan minimum RM800 sebulan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap di Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kementeriannya telah menetapkan supaya semua syarikat GLC untuk berbuat demikian bagi meringankan beban pelajar daripada keluarga tidak berkemampuan dan miskin.
“Saya nak merayu kepada syarikat di luar yang mengambil pelatih industri. Jadi untuk permulaan, pelatih industri memang tiada bayaran, itu betul dan ini untuk pendedahan.
Tetapi ada yang mereka datang daripada keluarga miskin, malah dalam beberapa dialog saya di universiti, mereka merayu, sudah habis belajar, tiada lagi pinjaman dan bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Untuk menunjukkan teladan yang baik, Anwar berkata Kementerian Kewangan menetapkan secara dasar supaya semua syarikat GLC yang mengambil pelajar yang menjalani praktikal atau latihan industri untuk membayar elaun perantisan minimum RM800 sebulan.
“Jadi untuk kerajaan dan syarikat GLC elaun perantisan minimum RM800 sebulan untuk semua pelatih industri,” katanya.
Pada masa sama, beliau meminta GLC yang menyediakan 35,000 peluang pekerjaan untuk mengambil pelajar lepasan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bekerja.
“Saya minta semua GLC beri laporan berkala berapa jumlah yang diambil supaya sasaran kita untuk memperolehi 35,000 pekerjaan dapat dipenuhi,” katanya.
Anwar dalam pada itu berkata Bank Simpanan Nasional akan meluncurkan Program Geran Padanan Pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana dengan peruntukan RM100 juta pada Ogos depan.
“Sejumlah peruntukan juga dikhususkan untuk menggalakkan penjaja kecil aktif dalam pemasaran digital serta melanggan aplikasi pendigitalan, perniagaan seperti sistem jualan terminal tempat jualan, perakaunan dan pengurusan inventori,” katanya.
Anwar berkata satu pengumuman mengenai pendekatan baharu untuk memastikan terdapat peningkatan produktiviti padi dan beras negara akan dibuat sewaktu kunjungannya ke Kedah esok.
“Selagi kita guna teknologi sama, pendekatan sama, maka jumlah subsidi untuk rakyat miskin akan ditanggung berpuluh tahun.
“Maka akan diadakan satu pendekatan baru untuk memastikan ada peningkatan produktiviti untuk padi dan beras negara, katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada sidang media selepas majlis libat urus itu berkata adalah menjadi harapan kerajaan agar GLC melaksanakan elaun perantis RM800 pada kadar segera.
Katanya, kadar RM800 tersebut sedikit sebanyak akan membantu pelatih untuk menampung kos pengangkutan dan penginapan, pada masa sama tidak akan memberikan impak yang besar terhadap kedudukan kewangan GLC terlibat.
“Kita harap GLC boleh laksana serta-merta tapi untuk syarikat lain seperti syarikat swasta kita tunggu pengumuman bajet (Belanjawan 2024) nanti,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests