Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELURU MORTAR DIJUMPAI DI PADANG POLO

DALAM NEGARA

PELURU MORTAR DIJUMPAI DI PADANG POLO

Seorang lelaki menjumpai satu objek yang menyerupai peluru mortar ketika sedang beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini semalam.

IPOH: Seorang lelaki menjumpai satu objek yang menyerupai peluru mortar ketika sedang beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata petugas Bilik Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh menerima panggilan kira-kira 3 petang daripada orang awam yang memaklumkan penemuan objek mencurigakan itu di tepi kolam taman rekreasi berkenaan.

Beliau berkata peluru itu ditemukan dalam keadaan tenggelam kira-kira satu inci dalam kolam berlumpur dan terlihat bahagian belakang peluru.

“Pasukan Unit Pemusnah Bom IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Perak telah ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati peluru mortar tersebut berukuran panjang 300mm (milimeter), lebar 60mm dan tidak mengandungi bahan letupan dan digunakan untuk latihan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata peluru mortar tersebut telah dibawa ke Bahagian Persenjataan IPK Perak untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading