Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMAIN FUTSAL SERANG PENGADIL DIKENAL PASTI

DALAM NEGARA

PEMAIN FUTSAL SERANG PENGADIL DIKENAL PASTI

Polis mengesahkan serta menerima laporan berhubung kes seorang pengadil diserang seorang pemain ketika mengadili perlawanan futsal, di sebuah kompleks sukan di Damansara, Selasa lepas.

PETALING JAYA: Polis mengesahkan serta menerima laporan berhubung kes seorang pengadil diserang seorang pemain ketika mengadili perlawanan futsal, di sebuah kompleks sukan di Damansara, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 40-an pada jam 12.12 tengah malam Khamis.

Katanya suspek telah dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Video mengenai tindakan seorang pengadil diserang ketika perlawanan futsal pada jam 9.45 malam itu menerima tontonan sebanyak 17,300 orang dan dikongsi seramai 78 orang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03–79662222,” katanya.

Terdahulu tular video di media sosial memaparkan pengadil berkenaan melayangkan kad merah kepada seorang penjaga gol selepas ia dilihat melakukan kekasaran yang membahayakan pemain lawan.

Namun, salah seorang pemain secara tiba-tiba meluru masuk dan melompat serta menyerang seperti ala ‘Muay Thai’ dengan menggunakan lutut ke arah belakang badan pengadil berkenaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading