MASALAH “SLIPPED DISC” TIDAK HALANG TANGGUNGJAWAB MENGUNDI AWAL
JOHOR BAHRU: Biarpun dalam keadaan tidak sihat kerana mengalami masalah sakit tulang belakang atau slipped disc, namun seorang anggota polis tetap gigih menunaikan tanggungjawab untuk mengundi awal di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi di sini hari ini.
JOHOR BAHRU: Biarpun dalam keadaan tidak sihat kerana mengalami masalah sakit tulang belakang atau slipped disc, namun seorang anggota polis tetap gigih menunaikan tanggungjawab untuk mengundi awal di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi di sini hari ini.
Sjn/M Harudin Md Sari, 49, yang tiba di pusat pengundian itu pada 7.30 pagi tadi menjadi pengundi pertama di markas berkenaan bagi memilih calon mewakili suara mereka di Parlimen Pulai.
Beliau hadir pada awal pagi supaya dapat menyelesaikan tanggungjawab itu secepat mungkin sebelum memulakan tugasnya di Bahagian Kejuruteraan di PPM Wilayah Dua hari ini.
“Saya sebenarnya tidak sihat kerana slipped disc akibat pernah terjatuh sebelum ini ketika bertugas, namun tetap kuatkan semangat untuk mengundi. Sebab itulah saya pilih datang awal supaya dapat selesai undi awal.
“Lagipun saya bertugas hari ini, jika lewat saya risau terlepas pula peluang untuk mengundi,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di sini hari ini.
Katanya ini merupakan kali kedua dia mengundi di Markas PPM Wilayah Dua.
Dua pusat pengundian awal bagi PRK Parlimen Pulai di Balai Polis Kempas di Kempas dan Markas PPM Wilayah Dua, dibuka serentak pada 8 pagi tadi.
Proses pengundian awal hari ini melibatkan 927 pemilih terdiri daripada pegawai dan anggota polis dengan 46 orang daripadanya akan mengundi di pusat mengundi awal di Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas, manakala 881 orang akan mengundi di Dewan Nusantara, Markas PPM Wilayah Dua.
PRK bagi Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat, calon Perikatan Nasional Zulkifli Jaafar dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager