Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU PIKAP HIMPIT KERETA DAKWA MAHU BAWA IBU KE HOSPITAL

DALAM NEGARA

PEMANDU PIKAP HIMPIT KERETA DAKWA MAHU BAWA IBU KE HOSPITAL

Seorang lelaki yang bertindak memandu secara berbahaya hingga menghimpit sebuah kereta lain di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara, Khamis lalu, mendakwa dirinya tergesa-gesa untuk pulang ke rumah ibunya yang terjatuh dan perlu dibawa ke hospital.

KLANG: Seorang lelaki yang bertindak memandu secara berbahaya hingga menghimpit sebuah kereta lain di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara, Khamis lalu, mendakwa dirinya tergesa-gesa untuk pulang ke rumah ibunya yang terjatuh dan perlu dibawa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata, lelaki berusia 29 tahun itu telah hadir bersama peguamnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada jam 10 malam tadi bagi memberi keterangan.

Suspek kemudian ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibawa menjalani ujian air kencing.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 3 pagi hari yang sama.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes ini diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video seorang lelaki dilihat menumbuk cermin bahagian pemandu Perodua Myvi dan bertindak agresif ketika dileraikan seorang anggota polis.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading