PEMANDU TERSEPIT, LORI MUATAN SIMEN TERBALIK

KUALA LUMPUR: Sebuah lori yang membawa muatan simen terbalik dipercayai hilang kawalan, di kilometer 0.4 Jalan Duta menghala Pusat Bandar, di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Saleh berkata, lori dari Ipoh yang dipandu seorang lelaki berumur 27 tahun itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghantar muatan simen.

Katanya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, lori itu hilang kawalan semasa menyusuri selekoh ke kiri di lorong ketiga Jalan Duta menghala ke Pusat Bandar sebelum terbalik ke sebelah kanan jalan.

“Akibat dari kemalangan, lelaki tersebut telah tersepit di bahagian tempat duduk namun pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa.

“Pemandu dan kelindan lori itu hanya mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur bagi rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987.–AlHijrah Online

Leave a Reply