Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU TRELER MAUT KENDERAAN TERBABAS BERHAMPIRAN TEROWONG MENORA

DALAM NEGARA

PEMANDU TRELER MAUT KENDERAAN TERBABAS BERHAMPIRAN TEROWONG MENORA

Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya itu terbabas ke bahu jalan di Kilometer 257 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, awal pagi tadi.

Sumber Gambar: Ihsan JBPM Perak

IPOH: Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya itu terbabas ke bahu jalan di Kilometer 257 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata maklumat mengenai kejadian itu diterima pada kira-kira 5.40 pagi dan mangsa dikenal pasti sebagai Budi Abd Rahman, 52 tahun.

“Mangsa tercampak keluar dari lori yang membawa muatan sampah itu sebelum tersepit di pembahagi jalan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katannya dalam satu kenyataan.

Menurutnya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Meru Raya itu diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Shauki Che Darus.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 7.38 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading