Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MOTOSIKAL LANGGAR MYVI BERHENTI LIHAT PEMANDANGAN DI LEBUHRAYA SUKE

DALAM NEGARA

MOTOSIKAL LANGGAR MYVI BERHENTI LIHAT PEMANDANGAN DI LEBUHRAYA SUKE

Suspek yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi berhenti di lorong kecemasan di lebuhraya SUKE dari arah Tol Bukit Teratai menghala ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk melihat pemandangan sekitar dari atas lebuhraya.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki terlibat dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 petang melibatkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki.

“Suspek yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi berhenti di lorong kecemasan di lebuhraya SUKE dari arah Tol Bukit Teratai menghala ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk melihat pemandangan sekitar dari atas lebuhraya.

“Lalu sebuah motosikal dari arah belakang bertindak melanggar bahagian belakang kereta tersebut sehingga mengakibatkan kerosakan kepada kedua kenderaan terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kemalangan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan telah dihantar ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan.

Kes disiasat di bawah Kaedah 16 LN 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan yang boleh dikenakan kompaun sehingga RM300.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading