Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBAHARUAN FISKAL DIPERLUKAN AGAR EKONOMI MALAYSIA BERTUNJANG DI LANDASAN MAMPAN, UTUH – PM ANWAR

DALAM NEGARA

PEMBAHARUAN FISKAL DIPERLUKAN AGAR EKONOMI MALAYSIA BERTUNJANG DI LANDASAN MAMPAN, UTUH – PM ANWAR

Bagi mengorak langkah Malaysia menggapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi yang bersandarkan nilai manusiawi, pembaharuan fiskal akan ditumpukan kepada penyasaran subsidi dan memperluas asas hasil bagi mewujudkan ruang fiskal yang dapat diagihkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bagi mengorak langkah Malaysia menggapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi yang bersandarkan nilai manusiawi, pembaharuan fiskal akan ditumpukan kepada penyasaran subsidi dan memperluas asas hasil bagi mewujudkan ruang fiskal yang dapat diagihkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan MADANI juga akan menoktahkan gejala ketagihan kepada hutang bagi memulihkan keyakinan pelabur luar,” katanya dalam hantaran di laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) hari ini.

Anwar berkata langkah reformasi fiskal ini adalah sesuatu yang berat bagi semua pihak, namun usaha ini perlu dimulakan untuk merancakkan semula ekonomi negara.

“Dengan hasil cukai sebanyak 11.8 peratus sahaja daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kerajaan mempunyai ruang terhad untuk melabur dalam aspek pembangunan rakyat dan memberi bantuan sewajarnya kepada golongan rentan dan yang memerlukan,” kata beliau.

Semalam, Anwar telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang membincangkan dan meneliti senario terkini ekonomi Malaysia serta unjuran jangka pendek dan sederhana kedudukan fiskal negara. 

Beliau berkata dalam mesyuarat FPC tersebut, ahli jawatankuasa senada untuk memperkukuh Pejabat Pengurusan Hutang (DMO) bagi menambah baik pengurusan hutang kerajaan serta memperkemas peranan Pejabat Perhubungan Pelabur (IRO) di bawah Kementerian Kewangan, yang menjadi pusat rujukan utama untuk pelabur pasaran.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour serta pegawai kanan Kementerian Kewangan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading