Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBANTU KEDAI MAKAN MENGAKU BERSALAH TINGGALKAN BAYI PEREMPUAN DI KEDAI MAKAN

DALAM NEGARA

PEMBANTU KEDAI MAKAN MENGAKU BERSALAH TINGGALKAN BAYI PEREMPUAN DI KEDAI MAKAN

Wanita itu didakwa telah meninggalkan seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di kedai makan berkenaan di Kampung Rama, Sanglang pada 6.30 pagi, 19 Jan.

Sumber Gambar: BERNAMA

KANGAR: Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.

Nor Zainab Jamaludin, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya hari ini.

Wanita itu didakwa telah meninggalkan seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di kedai makan berkenaan di Kampung Rama, Sanglang pada 6.30 pagi, 19 Jan.

Nor Zainab didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala wanita itu diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Hajar Che Ahmad.

Tengku Ruqayyah kemudian memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baharu untuk laporan kimia dan forensik.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor menetapkan 19 Mac untuk serahan dokumen dan membenarkan Nor Zainab dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading