Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBANTU KEDAI WANITA DIDAKWA CULIK AHLI PERNIAGAAN WARGA BANGLADESH

DALAM NEGARA

PEMBANTU KEDAI WANITA DIDAKWA CULIK AHLI PERNIAGAAN WARGA BANGLADESH

Seorang pembantu kedai wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh di hadapan sebuah masjid di Selayang, Jun lepas.

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kedai wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh di hadapan sebuah masjid di Selayang, Jun lepas.

Jun’haidati Tukiman, 47, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menculik lelaki berusia 47 itu untuk wang tebusan di hadapan Masjid An-Nur, Taman Sri Murni dekat sini pada 11.30 malam 26 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Dr Azrol Abdullah menetapkan 13 Feb 2026 untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Zaidi Othman.

Pada 30 Julai lepas, tujuh lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sama.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading