LELAKI BUNUH ISTERI DI SEBERANG JAYA DIREMAN TUJUH HARI – POLIS
Lelaki yang menyerah diri selepas mengaku membunuh isterinya beberapa hari lepas di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, Seberang Jaya semalam direman selama tujuh hari.
BUKIT MERTAJAM: Lelaki yang menyerah diri selepas mengaku membunuh isterinya beberapa hari lepas di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, Seberang Jaya, di sini, semalam direman selama tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata perintah reman dibenarkan Majistret Mahkamah Bukit Mertajam bermula dari hari ini hingga 18 Dis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata pihaknya telah menerima maklumat daripada seorang lelaki pada 11.30 pagi semalam, mengaku telah membunuh isterinya di rumah mereka.
“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT telah ke lokasi dan mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian di atas tilam di dalam sebuah bilik tidur dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas.
“Pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang menjalankan siasatan di lokasi telah mengambil beberapa sampel berkaitan kejadian selain menjumpai sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Helmi berkata motif kejadian setakat ini masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
Beliau memohon saksi awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit supaya tampil ke IPD SPT atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut selepas suspek berumur 28 tahun itu menyerah diri dan mengaku membunuh isterinya empat hari lepas di Seberang Jaya, di sini.
Mangsa, 44, yang merupakan ibu tunggal kepada lima anak berkahwin dengan suspek dua tahun lepas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked