Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES TEMBAK: TIGA SUSPEK DITAHAN BANTU SIASATAN

DALAM NEGARA

KES TEMBAK: TIGA SUSPEK DITAHAN BANTU SIASATAN

Tiga lelaki direman hari ini bagi membantu siasatan berkaitan satu kes tembak dalam kereta, di Jalan Rasah-Mambau menghala Plaza Tol Port Dickson semalam.

Sumber: BERNAMA

SEREMBAN: Tiga lelaki direman hari ini bagi membantu siasatan berkaitan satu kes tembak dalam kereta, di Jalan Rasah-Mambau menghala Plaza Tol Port Dickson, di sini semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata suspek berusia antara 30 hingga 40-an itu ditahan di sebuah rumah sekitar Nilai, Seremban dan Port Dickson, awal pagi ini.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap kesemua lelaki itu, menemukan sepucuk pistol daripada suspek, yang disyaki digunakan semasa kejadian.

“Motif kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek direman sehingga 15 Dis dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971).

Semalam media melaporkan, seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas ditembak dua suspek menaiki motosikal dalam kejadian di Jalan Rasah-Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson.

Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini, manakala seorang lagi lelaki berusia 47 tahun masih menerima rawatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading