PEMILIHAN JEMAAH HAJI: GILIRAN PADA 2020 DIUTAMAKAN, DIIKUTI SETERUSNYA
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengutamakan bakal haji yang giliran tunai haji mereka pada 2020, diikuti giliran pada 2021 dan seterusnya 2022, bagi pemilihan jemaah haji tahun ini.
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengutamakan bakal haji yang giliran tunai haji mereka pada 2020, diikuti giliran pada 2021 dan seterusnya 2022, bagi pemilihan jemaah haji tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin dalam kenyataan hari ini berkata ia berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.
Beliau berkata rayuan haji melalui platform dalam talian iaitu aplikasi Tabung Haji Online (THiJARI) juga telah dibuka dengan keutamaan diberikan kepada rayuan mahram.
Justeru Amrin berkata TH menasihatkan bakal jemaah supaya bersedia dengan dokumen-dokumen berkaitan termasuk sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap dan pasport antarabangsa.
“TH akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa sekiranya ada maklumat lanjut dari kerajaan Arab Saudi yang perlu dikongsikan dengan bakal jemaah,” katanya.
Terdahulu hari ini, Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad mengumumkan seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Jumlah kuota itu menyaksikan penyusutan bilangan jemaah haji Malaysia berbanding 31,600 jemaah sebelum ini.
Sementara itu, Amrin berkata pengumuman itu merupakan satu berita baik untuk TH dan bakal jemaah haji dari Malaysia.
“Kami bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi dan yakin penilaian serta penelitian semua aspek telah dibuat bagi memastikan keselamatan para jemaah haji yang datang dari segenap pelosok dunia terjamin,” katanya.
Beliau berkata TH telah memulakan persiapan awal dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan serta amalan norma baharu dalam pengendalian operasi haji sama ada di tanah air mahupun di tanah suci Makkah.
Kuota haji yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara.
Pada 2019, kuota haji Malaysia adalah 31,600 orang, namun pada tahun ini ibadat haji hanya dibenarkan untuk 1 juta jemaah sahaja mengambil kira kriteria penjagaan kesihatan berbanding sekitar 2.5 juta jemaah pada 2019.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.