SEKURANG-KURANGNYA 5 MAUT, 65 CEDERA DALAM LETUPAN MASJID DI AFGHANISTAN

Sumber Gambar: AFP

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam letupan di sebuah masjid di utara Afghanistan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Ledakan berlaku di masjid Seh Dokan yang terletak di Mazar-e-Sharif, kawasan padat dengan penduduk, lapor Tolo News memetik sumber sebagai berkata.

Seramai 65 lagi mangsa dilaporkan cedera, dan kini dirawat di hospital di daerah Abu Ali Sina Balkhi.–AlHijrah Online

Leave a Reply