PEMUDA MALAYSIA JADI PENTERJEMAH DI MASJIDIL HARAM
MAKKAH: Jemaah haji Malaysia yang tidak menguasai bahasa Arab pastinya sukar memahami isi khutbah yang disampaikan khatib ketika menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram di sini.
MAKKAH: Jemaah haji Malaysia yang tidak menguasai bahasa Arab pastinya sukar memahami isi khutbah yang disampaikan khatib ketika menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram di sini.
Bagaimanapun, mereka boleh mendengar secara langsung terjemahan khutbah itu dalam bahasa Melayu menerusi portal https://manaratalharamain.gov.sa yang antaranya diterjemah seorang pemuda Malaysia, Muhammad Mujahid Zaharudin.
Muhammad Mujahid, 26, dari Johor Bahru, Johor bertugas sebagai penterjemah di Masjidil Haram sejak Okt 2022 dengan menterjemah antaranya khutbah Jumaat, khutbah Hari Arafah, syarahan dan papan-papan tanda di masjid berkenaan.
Graduan Universiti Umm Al-Qura, Makkah dalam bidang Syariah itu berkata beliau mencuba nasib memohon bekerja di Masjidil Haram meskipun mengetahui ia agak sukar kerana pihak berwajib menetapkan sekurang-kurangnya pemohon perlu berkelulusan Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang masing-masing.
“Saya hanya ada ijazah dan bagi yang mempunyai ijazah ini, kita perlukan nilai tambah sebagai sokongan seperti menghafal al-Quran dan hadis.
“Sepatutnya bila dah graduasi, saya bersiap-siap untuk pulang tetapi bila dapat tawaran ini macam durian runtuh untuk sambung duduk di Makkah dan boleh kembangkan apa yang dipelajari di universiti kerana tak seperti bidang lain, bidang agama ini tidak ada latihan industri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.
Muhammad Mujahid yang menghafal 30 juzuk al-Quran dan kira-kira 4,000 hadis berkata antara tugasan mencabar yang dihadapinya ialah menterjemah kuliah atau syarahan Ketua Imam Masjidil Haram Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais.
“Sheikh Sudais pandai berpuisi, bersajak dan menggunakan simpulan bahasa. Simpulan bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu contohnya, panjang tangan dalam bahasa Melayu ialah mencuri tetapi dalam bahasa Arab bermaksud orang yang suka bersedekah,” katanya.
Muhammad Mujahid berkata beliau juga banyak berbincang dengan rakan penterjemah dari Indonesia bagi mencari perkataan yang tepat untuk mengelak salah terjemahan yang boleh menjejaskan institusi masjid suci umat Islam itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.