Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENCEMARAN BAU SEKALI LAGI DIKESAN DI SG SELANGOR

DALAM NEGARA

PENCEMARAN BAU SEKALI LAGI DIKESAN DI SG SELANGOR

KUALA LUMPUR: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) hari ini memaklumkan pencemaran bau seakan-akan pelarut (solvent) telah dikesan di Sungai Selangor.

LUAS menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan insiden itu telah menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa (SSP) 1,2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi.

“Bau telah dikesan sekitar 8 ton (di LRA Rantau Panjang).

“Berdasarkan pemantauan LUAS setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 ton,” jelas kenyataan LUAS.

Selain itu LUAS memaklukan pihaknya, Air Selangor dan pihak-piha terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi laman Twitternya setakat ini memaklumkan maklumat gangguan bekalan air boleh dirujuk di aplikasi telefon bimbit Air Selangor.

Bulan lalu 1.2 juta akaun pengguna di Kuala Lumpur, Selangor terjejas susulan henti tugas LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 berikutan pencemaran. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading