LEBIH 1.1 JUTA AKAUN PENGGUNA DI SELANGOR DAN KL TERJEJAS BEKALAN AIR

GAMBAR ARKIB

KUALA LUMPUR: Lebih 1.1 juta akaun pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor hingga mengakibatkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa (SSP) 1,2, dan 3.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air merangkumi 1,279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang mana bekalan air akan ditutup pada jam 6.00 petang.

“Sehingga jam 2:30 petang ini, pencemaran di Muka Sauk LRA Rantau panjang pada tahap 8 TON dan LRA SSP1,2 dan 3 pula pada tahap 4 TON.

“Usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan ‘flushing’ bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan empangsan Sungai Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari,” kata Air Selangor dalam kenyataan hari ini.

Menurut Air Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

” Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

“Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di
http://www.airselangor.com,” kata kenyataan Air Selangor. — AlHijrah Online

Leave a Reply