IPOH: Semua masjid dan surau yang berada dalam zon merah di Perak tidak dibenar mengadakan solat Jumaat sebaliknya diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, keputusan itu diperkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas menimbangkan sembah nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
“Solat berjemaah pada setiap solat fardu di zon merah boleh dilaksanakan di masjid serta surau dengan had ditetapkan kepada enam jemaah terdiri daripada pegawai masjid serta ahli jawatankuasa kariah.
“Bagi solat Jumaat serta solat fardu di kawasan zon kuning, bilangan jemaah dihadkan kepada 23 orang yang terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Shahrul Azam berkata, penggunaan masjid dan surau diri Jumaat untuk pelaksanaan solat Jumaat dan solat berjemaah pada setiap solat fardu perlu mematuhi sepenuhnya garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ujarnya bagi kawasan zon hijau pula, had ditetapkan kepada 40 jemaah bagi kedua-dua solat dan kelonggaran turut diberikan kepada ahli kariah.
Menurut beliau, laungan azan pada setiap kali solat hendaklah diteruskan seperti biasa tanpa sebarang pindaan kalimah.
Namun ujarnya, ia perlu disusuli dengan pengumuman yang menyarankan ahli kariah mendirikan solat berjemaah bersama keluarga di rumah masing-masing.
Dalam masa sama, kata Shahrul Azam semua aktiviti keagamaan lain di masjid serta surau di kawasan zon merah ditangguhkan, manakala penganjuran kuliah pengajian antara solat Maghrib dan Isyak serta selepas solat Subuh dibenarkan pada skala kecil bagi zon kuning serta zon hijau.
“Ahli Jawatankuasa atau pegawai masjid hendaklah memberi peringatan dan penerangan ringkas kepada jemaah untuk mematuhi garis panduan sebelum solat Jumaat dan solat berjemaah pada setiap solat fardu dimulakan.
“Kehadiran menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau pada masa ini hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia dengan identiti setiap jemaah hendaklah disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat,” tambahnya.
Beliau berkata, arahan dan ketetapan itu terpakai dan berkuat kuasa serta-merta sehingga terdapat sebarang arahan baru dikeluarkan oleh MAIPk. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked