Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TIDAK PERLU IMBAS MYSEJAHTERA DI STESEN MINYAK JIKA HANYA ISI PETROL

DALAM NEGARA

TIDAK PERLU IMBAS MYSEJAHTERA DI STESEN MINYAK JIKA HANYA ISI PETROL

KUALA LUMPUR: Individu yang ke stesen minyak untuk hanya mengisi petrol tidak perlu mengimbas aplikasi MySejahtera.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelas Ismail Sabri, kelonggaran tersebut diberikan kepada pelanggan yang membuat bayaran di pam menggunakan kad kredit atau debit dan aplikasi telefon pintar selain bayaran melalui tingkap di kaunter bayaran.

“Bagi individu yang membuat transaksi dan membayar melalui tingkap, mereka letak duit di situ tiada pertemuan dengan juruwang dan ada cermin melindungi serta tidak masuk ke dalam kedai. Mereka tidak perlu mendaftar aplikasi MySejahtera,” jelasnya dalam sidang media hari ini.

Selain itu kelonggaran imbasan MySejahtera juga diberikan kepada individu yang ke stesen minyak untuk mengisi angin kenderaan dan menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara automatik yang tidak melibatkan sebarang pertemuan dengan individu lain.

Ismail Sabri berkata hanya bagi individu yang masuk ke dalam kedai di stesen minyak, mereka perlu mengimbas aplikasi MySejahtera.

Manakala bagi mereka yang ke surau dan tandas dan menghantar kenderaan di bengkel di stesen minyak serta menggunakan khidmat cuci kenderaan secara manual juga perlu melakukan imbasan MySejahtera. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading