PENDAFTARAN PELAJAR IPT KEMASUKAN OKTOBER DITANGGUHKAN

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan penangguhan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini KPT telah mencadangkan kepada semua IPT melaksanakan pendaftaran pelajar secara dalam talian begitu juga aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Semua IPT juga diminta untuk menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus.

Kenyataan turut menyebut penangguhan tersebut dilakukan sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat bagi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

“Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing.

“Pihak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini,” jelas kenyataan tersebut.

Para pelajar dan ibu bapa juga boleh merujuk kepada IPT terlibat untuk sebarang pertanyaan tentang tindakan yang perlu diambil seterusnya.

Kementerian turut memaklumkan syarikat-syarikat penerbangan akan melakukan penjadualan semula penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020 selepas rundingan dilakukan oleh KPT.—AlHijrah Online

Leave a Reply