TRUMP DAN ISTERI POSITIF COVID-19

WASHINGTON: Presiden Donald Trump dan isterinya, Melania disahkan positif COVID-19 hari ini.
Melalui akaun Twitternya, Trump memaklumkan beliau dan isterinya akan menjalani kuarantin.

“Malam ini, FLOTUS (Melania Trump) dan saya positif COVID-19. Kami akan segera memulakan proses pemulihan dan kuarantin.
“Kami akan mengharunginya bersama,” ciap Trump.
Sebelum itu, pembantu terdekat beliau Hope Hicks, didapati positif COVID-19 selepas mengikuti Trump ke debat Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.
Trump telah dijadualkan untuk perdebatan yang seterusnya pada 15 Oktober di Miami, Florida.
Jika keadaan kesihatan Trump semakin melarat, tugasnya sebagai presiden akan dipangku sementara oleh Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence.
Setakat ini pandemik COVID-19 telah meragut lebih dari 207,000 nyawa di Amerika Syarikat.—AlHijrah Online