Penghulu Rian Bujang berdiri di atas jambatan besi berusia 15 tahun yang uzur menghubungkan Kampung Brooke Lama dan Pos Brooke di sini. — fotoBERNAMA
GUA MUSANG: Lebih 500 penduduk di Kampung Brooke Lama, Pos Brooke, di sini, memohon pihak bertanggungjawab untuk menggantikan sebuah jambatan besi berusia 15 tahun di kampung itu yang semakin uzur.
Penghulu Rian Bujang, 48, berkata jambatan besi menyeberangi Sungai Belatop itu hanya boleh dilalui dengan motosikal atau berjalan kaki untuk penduduk membuat pelbagai urusan termasuk menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan Brooke.
Katanya, permohonan untuk membaiki dan menaik taraf jambatan telah dibuat sebelum ini, namun belum mendapat sebarang maklum balas dan tindakan daripada pihak berkenaan.
“Kami tidak kisah jambatan konkrit atau besi seperti ini asalkan lebih selamat untuk digunakan terutama kepada penduduk kampung ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Brooke Lama, di sini hari ini.
Menurut Along Ronggeng, 59, jambatan besi itu dibina sejak 2008 digunakan ratusan penduduk kampung termasuk murid dan pelajar sekolah setiap hari.
Katanya, penduduk umpama bertaruh nyawa apabila menggunakan jambatan itu kerana terpaksa berselisih dengan penunggang motosikal.
“Beberapa bahagian pada pagar dan lantainya rosak dan hampir tercabut. Keadaan pagar besi juga sudah rosak menyebabkan kami terpaksa tawakal terutama pada awal pagi ketika ingin menghantar anak ke sekolah.
“Jika ada kerosakan atau tercabut di mana-mana bahagian kami tidak dapat melihatnya ketika keadaan gelap,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap aduan dan keperluan penduduk di penempatan itu dan akan mendapatkan maklum balas daripada pihak yang terlibat berkenaan status permohonan yang dihantar. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.