PENDUDUK PESISIR PANTAI KEDAH PERLU PEKA PERUBAHAN CUACA
Penduduk diingatkan agar segera berpindah sekiranya paras air laut mencapai ketinggian tiga meter semasa fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 11 dan 12 Oktober ini.
ALOR SETAR: Penduduk tinggal di sekitar tepi laut di Kuala Kedah di sini dan Kota Kuala Muda, Sungai Petani diingatkan agar segera berpindah sekiranya paras air laut mencapai ketinggian tiga meter semasa fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 11 dan 12 Oktober ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lepas, paras air laut di kedua-dua kawasan itu akan meningkat ketika fenomena air pasang besar.
“Kuala Kedah memang kerap naik air pasang besar, tapi saya hendak ingatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan tepi laut supaya dapatkan maklumat dari pihak berkuasa, berpindahlah segera jika keadaan air pasang besar meningkat.
“Selalunya paras air boleh capai sehingga paras tiga meter, tapi kalau paras air di kawasan daratan berada di buku lali itu maknanya paras air pasang besar itu tidak sampai lagi tiga meter,” katanya selepas sesi perbincangan hala tuju pelaksanaan Pasukan Bomba Sukarela di sini hari ini.
Sayani berkata JBPM Kedah telah siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dalam tempoh Monsun Timur Laut akan datang.
“Pasukan bomba memang dalam keadaan siap siaga sekarang ini, bila ada permintaan dari agensi-agensi yang terbabit untuk kami bersedia di kawasan itu kami akan membantu. Bukan sahaja bomba, tapi banyak lagi agensi akan terlibat bersama aset masing-masing bagi operasi penyelamatan mangsa,” katanya.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager